THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 30, 2010

Doa, Usaha dan Tawakal


KITA hanya merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.Berjalanlah kita untuk mencari rezeki kerana rezeki itu tidak akan datang sekiranya kita tidak mencarinya. Bak kata pepatah, " yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang," .Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah. Selepas merancang, segala ketentuan itu mesti diterima dengan hati terbuka. Itulah yang dinamakan tawakal. Sebenarnya tawakal terletak selepas seseorang melakukan perancangan serta berusaha kemudian disusuli dengan bertawakal.

**********************

Allah dan kasih-sayang-Nya

Allah SWT amat pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa di dalam dunia ini, yang mampu menandingi Allah SWT dalam apa jua hal. Dialah pencipta kita, Maha Tahu Segala-galanya, Maha Melihat dan Maha Mendengar, Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Kita boleh lihat tanda kasih-sayang Allah SWT dalam ayat-ayat berikut:

“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Ramai yang silap dalam kefahaman kasih sayang Allah SWT ini. Mereka kira, cukup sekadar berdoa sahaja tanpa berusaha. Mereka merasa sudah puas jika hanya berdoa, lalu perubahannya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT.

Ini adalah kefahaman yang hakikatnya, mengkhianati kasih sayang Allah SWT kepada manusia.


************************

0 comments: