THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 5, 2010

Warkah untukmu...

Warkah Buat Bakal Suamiku...

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..


Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku

Akanku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

.Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku.


Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna baginda. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah baginda sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..

My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.


Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Warkah ini hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..




Saturday, May 29, 2010

jom nyanyi

Nie adalah lagu yg selalu ak dgr setiap kali ak keluar jogging pd wktu petang. Hahaa sape ag Najib r xde dah org len yg merupakan teman jogging setiaku. Release tension babeh, drpd ak tdo kt rmah lbh baek ak kuar g jog. Nak study ciyesly x leh masuk dah.

Jom nyanyi!!!

Destinasi Cinta

Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

(Chorus)

Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

(Chorus)

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama... sayang...


Kpd Fil n Tuty:

Nok oyap ko sep mg nie, hari 2 ak cari lagu nie laaaa
Aku tyo sep mg tajuk lagu nie gapo, tp sep mg x tahu
Pah2 sep mg oyap susoh nok cari, sbbnyer sep mg oyap ak nyanyi saloh sokmo etep.
Waaaaaaa!!!
Tapi nok oyapnyo memg wujud lah lagu nie.

Friday, May 14, 2010

Doa

Salam...

Segala peringatan ini dituju khas utk sy dan kawan2 jgk lah


Semua manusia didunia ni berhajatkan sesuatu dgn Allah,apabila manusia berhajatkan sesuatu maka tempat yg selalu mereka minta adalh dr Allah..tetapi berapa ramai manusia yg apabila berada dlm kesenangan lalu mereka selalu mengingati Tuhan? Berapa ramai yg mengamalkan suruhan Tuhan sedangkan mereka tahu sebaik2 tempat utk memohon hajat adalah dr-Nya.
Memang ada dalam al-QuranAllah ada menyebut Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..tetapi perlu dilihat dr sudut apakah doa itu tdak dimakbulkan..manusia apabila berpegang pada firman td tetapi doa nya tdak dimakbulkan mereka akn merasa cepat putus asa. Sy sendiri pun pernah merasai putus asa itu.Tapi perlu igt bahawa doa adalah sebaik2 ibadah yg dimuliakan oleh Allah kpd hambanya..dan doa adalah salah satu senjata Org Islam.

Sebenarnya manusia ni sgt malang kerana sukar memahami hikmah yg Tuhan berikan..maksud sy..jika doa tidak dimakbulkan pasti ader sebab2 yg baik disebaliknye kenapa Tuhan tdak memakbulkan nya. Sbg contoh, dlu2 sy berdoa supaya Tuhan bg sy belajar Medic di Malaysia tetapi sy gagal, dan Tuhan letakkan sy di Egypt..frust jgk mula2..tetapi sekarang nie bru sy sedar yg sy telah byk mendpt pengalamn selama berada di Egypt. Sy dapt belajar byk benda dan sy dapat kenal dgn ramai org yg baik2 dan sy dpt jumpa dgn org yg harapkan. Pendek kata Tuhan tdk memakbulkan doa sbb Tuhan ingin bg yg terbaik..lebey baik dr apa yg kita hajatkan sewaktu bedoa.


Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Allah tak kabulkan doa kita di dunia ini sbb Allah akan simpan doa kita utk hari akhirat nnti yg mana ia berupa ganjaran pahala yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kpd hamba2 -Nya di akhirat nnti. Dan yg ke-2 Allah akan menghidarkan segala bentuk celaka dan keburukan sbg ganti doa tu.yg ke-3 mmg Allah akan kabulkan doa didunia ni sekrg diatas sebab2 utk kebaikanmeraka dll.Dan sy rasa tidak perlulah anda berputus asa dan byk komplen sbb apa yg kamu mintak (berdoa) tu adalah sgt sikit usahanya jika nk dibandingkan dgn banyaknya nikmat2 yg Allah berikan kpd kamu. . Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.


Sory sy ckp derect sikit, macam mana kalau Tuhan nk kabulkan doa kalau solat kamu tinggal kan atau memandang ringan? Semua org tahu Solat tu tiang kekuatan dalaman, roboh satu tiang roboh la segalanya. Apabila kita bersolat, adakah kita bersolat lebih baik atau khusyuk atau tertib? Kita mahukan doa kita dimakbulkan oleh ALLAH. Kita mahu solat kita diterima oleh ALLAH. TETAPI kita tidak mengikut lunas-lunas yang betul. Itulah puncanya. Apabila kita bertemu orang untuk temuduga misalnya, kita begitu hormat, takut, seram sejuk dan sebagainya kerana kita takut kemungkinan kita tidak akan diambil bekerja. TETAPI itu semua kita tidak lakukan apabila kita berdepan dengan ALLAH apabila kita bersolat atau berdoa. Apabila kita meminta pertolongan dari seseorang, kita meminta dengan bersungguh-sungguh agar orang tersebut dapat membantu kita.


Nabi jga ada mengajar kalau nk berdoa jgn teburu2..biar tenang..biar khusyuk dan setiap kali berdoa perlu yakin bahawa suatu hari nnti Dia pasti akan makbulkan walupun mungkin doa kita tidak dimakbulkan. Allah juga ada mengajar cara berdoa, seperti dalam surah al-A’raaf ayat 55
‘’Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas’’


Mak sy selalu pesan bla..bla..bla. dan selalulah pedulikan akan perkara halal dan haram dr sudut sumber rezeki, pemakanan,pemakaian dan lain2,,,kalau dah mkn bende2 haram mcm mana la Tuhan nk kabulkan doa sedangan dalm diri kita ada unsur2 yg haram didalmnya.mcm tu la lebey kirang maksud sy.

‘’Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan’’. (al-Mukminun, ayat 51).


Sy simpulkan bhw manusia ni (termasuk sy la) kene sentiasa melazimi doa,tidak perlu putus2 doa..dan sentiasa yakin dgn doa dan perlu selarikan doa itu dgn melakukan amal kebaikan dan leh pikir sendiri la yg lain tu.

Tuesday, May 4, 2010

Teka-teki


Korang sume mesti tgh tensyen kn, asyik study jew. Haaaa meh2 cnie, ape kate kite jwb teka-teki nie luuuuu

Selamat Mencuba!!!



Soalan:

1.Semut lalu titi, titi patah. Kalau gajah lalu titi ape yg patah???
2.Suatu hari ade sebuat kedai buah terbkr, sume buah dah hangus kecuali 3 jenis buah nie jew.
Apekah 3 buah 2???
3.Kenape doktor bedah masa pembedahan dyer tutup mulut???
4.Ape name Sudirman mase kecik???
5.Kenapa pokok kelapa kt depan rumah kene tebang???
6.Sayer ade 3 kepala, 4 tgn, 5 kaki. Siapakah sayer???
7.Dlm byk2 kotak. kotak ape yg x leh angkat???
8.Scorpion kaler ape???
9.Sebuah bas telah kemalangan n t'jtuh dlm sungai. Sume dah mati melainkn???
10.Kenape kebykkn motosikal namanya YAMAHA???


****************************


Jawapan:

1.Mestilah patah balik sbb titi 2 kn dah patah
2.Buah keranji,pisang emas n buah cempedak
sbb buah2 nie sume x de dlm kedai 2.
Buah keranji dlm perahu
pisang emas dibawa belayar
buah cempedak di luar pagar
3.sbb x kn nk tutup mata plak kot
4.Sudirboy
5.Laaahai kenelah tebang x kn nk cabut.giler ker ape???
6.Sayer adalah pembohong
7.Kotak penalti
8.Kalajengking
9.Road tax dyer ler
10.Sbb penciptanya org jepun, klu org arab yg cinpta maybe YAMAHMUD




Saturday, May 1, 2010

gogogo power rangers!!!


Ok. Hari nie ak nk menulis crite psl power rangers. Ehmmmm.... mesti korg t'tya2kn apesal lah ak tetibe nk crite psl power rangers nie. Mcm nie sbnrnyer, kwn ak yg sorg nie dyer punyer ring tone, dyer punyer alarm n ape2 yg membuatkn hdsetnyer b'bunyi memg membuatkn ak t'dgr nada "gogogo power rangers" . Jdi selalu lah duk dgr. Begitulah... 2 pasal nk crite lah ckit nie.

Siri program televisyen power rangers memg menjdi kegilaan ak lah mase kecik2 dlu. Asal jer nk men crite 2 cpt2 kami adik-beradik berebut duk depan tv. Klu x silap ak lah kn sirinyer b'langsung pada hari sbtu pkl5 ptg. Btol x kekwn??? Yekot...


Kronology power rangers:

Mighty Morphin Power Rangers






ni power rangers awal2 lagi… zaman purba kala…kt Malaysia keluar kt TV pada tahun 1995.. layan gile rangers ni… die ade banyak versi… mule2 zord dinosaur pastu tuka jd zord mistik..ade naga,unicorn etc…pastu mereka hilang power… dapat power baru versi ninja…zord diorg plak ade monyet,beruang,katak dll.


Mighty Morphin Alien Rangers






ok selepas rangers hilang power, mereka minta bantuan rangers dari planet lain… rangers ni lagi sempoi…. kalo x silap aku masa dulu die panggil Aqua rangers sebab dorg kene bertapa dalam air and just boleh keluar kt permukaan untuk beberapa ketika je sebab planet asal diorg mmg 100% xde daratan…aku x ingat zord die macam mana tp diorg x payah transport masuk dalam zord tu… bleh kawal dripada luar.. hohohoho cool.


Power Rangers: Zeo






lepas bumi dah aman…. rangers alien tu balik tempat diorg… tp keamanan x kekal lama…. ade plak makhluk lain yg buat angkara… so Zordon suruh rangers cari batu Zeo utk dapat kuasa baru…utk tema rangers ni… dah x guna binatang lagi dah… sekrg guna shape… hohoho tengok power rangers sambil mengenal bentuk.. tarting dgan oval sampai la star… tok ranger merah.. tu kira yang paling otai la… pastu wujud plak gold rangers dengan piramidus die… yg ni lagi otai… shape die 6 segi.


Power Rangers: Turbo






lepas tamat zaman Zeo.. tukar jadi turbo rangers.. kali ni aku mmg respek tema rangers ni… based on kereta… semart gak la… tp yg x bes nya zord die ade satu kereta lain sume 4wd… xde variasi langsung…lagi satu kelainan dalam rangers ni.. blue rangers die hanyalah kanak2 yang berumur 12 tahun bernama Justin…


Power Rangers in Space






hohoho lepas tamat kegemilangan kereta2… rangers pergi angkasa lepas…Justin kene stay kt rumah xleh ikut…di angkasa lepas diorg jumpa dengan Andros… asalnya dia sorg je rangers… kaler merah pastu rangers bumi ni join forces… aku x berapa minat sangat la version ni… xde ape2 yg menarik… zord die biasa je… just ade glider yg cambes… ending cerita ni… Zordon mati sebab nak selamatkan manusia sejagat..


Power Rangers: Lost Galaxy






ok ni versi rangers serba baru.. kalo sebelom ni rangers evolve dari satu generasi ke satu generasi… just 2-3 org je yg tukar… tp untuk vesi ni… sumer org baru… tema untuk kali ni based on binatang gak…rangers ni aku kurg tgok sgt la sebab masa ni kt sekolah dan blom jumpe lg kroni rangers…next.


Power Rangers: Lightspeed Rescue






hohoho rangers ni cam logik sket la… xde cerita yang mengarut2 rangers ni mereka yang terpilih masuk special forces… guna teknologi untuk create rangers.. zord die pon logik gak.. gunakan semua perkhidmatan menyelamat yang wujud kt muka bumi ni ade kereta bomba,ambulans,kereta polis dll.. aku x ingat lagi…hohoho


Power Rangers: Time Force










hohoho yang ni dah start mengarut balik…rangers sumer dari zaman yg berbeza… ade satu organisasi yg kumpulkan diorg jd satu team… zord diorg pon panggil guna portal masa… bosan gila rangers ni… tambah kebosanan dia lg bila RTM keluarkan versi Jepon stiap kali diorg xde stock nk tgu rangers baru.