Salam...
Segala peringatan ini dituju khas utk sy dan kawan2 jgk lah
Semua manusia didunia ni berhajatkan sesuatu dgn Allah,apabila manusia berhajatkan sesuatu maka tempat yg selalu mereka minta adalh dr Allah..tetapi berapa ramai manusia yg apabila berada dlm kesenangan lalu mereka selalu mengingati Tuhan? Berapa ramai yg mengamalkan suruhan Tuhan sedangkan mereka tahu sebaik2 tempat utk memohon hajat adalah dr-Nya. Memang ada dalam al-QuranAllah ada menyebut Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..tetapi perlu dilihat dr sudut apakah doa itu tdak dimakbulkan..manusia apabila berpegang pada firman td tetapi doa nya tdak dimakbulkan mereka akn merasa cepat putus asa. Sy sendiri pun pernah merasai putus asa itu.Tapi perlu igt bahawa doa adalah sebaik2 ibadah yg dimuliakan oleh Allah kpd hambanya..dan doa adalah salah satu senjata Org Islam.
Sebenarnya manusia ni sgt malang kerana sukar memahami hikmah yg Tuhan berikan..maksud sy..jika doa tidak dimakbulkan pasti ader sebab2 yg baik disebaliknye kenapa Tuhan tdak memakbulkan nya. Sbg contoh, dlu2 sy berdoa supaya Tuhan bg sy belajar Medic di Malaysia tetapi sy gagal, dan Tuhan letakkan sy di Egypt..frust jgk mula2..tetapi sekarang nie bru sy sedar yg sy telah byk mendpt pengalamn selama berada di Egypt. Sy dapt belajar byk benda dan sy dapat kenal dgn ramai org yg baik2 dan sy dpt jumpa dgn org yg harapkan. Pendek kata Tuhan tdk memakbulkan doa sbb Tuhan ingin bg yg terbaik..lebey baik dr apa yg kita hajatkan sewaktu bedoa.
Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Allah tak kabulkan doa kita di dunia ini sbb Allah akan simpan doa kita utk hari akhirat nnti yg mana ia berupa ganjaran pahala yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kpd hamba2 -Nya di akhirat nnti. Dan yg ke-2 Allah akan menghidarkan segala bentuk celaka dan keburukan sbg ganti doa tu.yg ke-3 mmg Allah akan kabulkan doa didunia ni sekrg diatas sebab2 utk kebaikanmeraka dll.Dan sy rasa tidak perlulah anda berputus asa dan byk komplen sbb apa yg kamu mintak (berdoa) tu adalah sgt sikit usahanya jika nk dibandingkan dgn banyaknya nikmat2 yg Allah berikan kpd kamu. . Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.
Sory sy ckp derect sikit, macam mana kalau Tuhan nk kabulkan doa kalau solat kamu tinggal kan atau memandang ringan? Semua org tahu Solat tu tiang kekuatan dalaman, roboh satu tiang roboh la segalanya. Apabila kita bersolat, adakah kita bersolat lebih baik atau khusyuk atau tertib? Kita mahukan doa kita dimakbulkan oleh ALLAH. Kita mahu solat kita diterima oleh ALLAH. TETAPI kita tidak mengikut lunas-lunas yang betul. Itulah puncanya. Apabila kita bertemu orang untuk temuduga misalnya, kita begitu hormat, takut, seram sejuk dan sebagainya kerana kita takut kemungkinan kita tidak akan diambil bekerja. TETAPI itu semua kita tidak lakukan apabila kita berdepan dengan ALLAH apabila kita bersolat atau berdoa. Apabila kita meminta pertolongan dari seseorang, kita meminta dengan bersungguh-sungguh agar orang tersebut dapat membantu kita.
Nabi jga ada mengajar kalau nk berdoa jgn teburu2..biar tenang..biar khusyuk dan setiap kali berdoa perlu yakin bahawa suatu hari nnti Dia pasti akan makbulkan walupun mungkin doa kita tidak dimakbulkan. Allah juga ada mengajar cara berdoa, seperti dalam surah al-A’raaf ayat 55 ‘’Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas’’
Mak sy selalu pesan bla..bla..bla. dan selalulah pedulikan akan perkara halal dan haram dr sudut sumber rezeki, pemakanan,pemakaian dan lain2,,,kalau dah mkn bende2 haram mcm mana la Tuhan nk kabulkan doa sedangan dalm diri kita ada unsur2 yg haram didalmnya.mcm tu la lebey kirang maksud sy.
‘’Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan’’. (al-Mukminun, ayat 51).
Sy simpulkan bhw manusia ni (termasuk sy la) kene sentiasa melazimi doa,tidak perlu putus2 doa..dan sentiasa yakin dgn doa dan perlu selarikan doa itu dgn melakukan amal kebaikan dan leh pikir sendiri la yg lain tu.
Cara Pembelian Emas Public Gold
2 years ago
0 comments:
Post a Comment