"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."
Tuesday, July 20, 2010
Kenapa kita sembah Kaabah
Posted by G-rah Nadzirah at 11:36 PM 0 comments
Sunday, July 18, 2010
Menatap matamu~~
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Posted by G-rah Nadzirah at 5:43 AM 0 comments
Sunday, July 11, 2010
oral anat
Hari nie merupakan hari peperiksaan lisan bagi subjek anatomy tahun 2 university of mansora.
Ak rase hari nie lah, hri yg paling awal blk dri oral exam 9.30 pagi. Mcm malang jew ak rase hri nie. Adoiii, datang jew terus kene soal. Ak mcm biase r selalu datang lambat. Yelah biasenyer orang arab nie cakap jew pkl 9 tapi pkl 11 bru nk strt. Oral physio hri 2 pom strt lmbat. Datang awal duk merempat kt luar jgak. So, ak ambik keputusan utk dtg lmbt lah utk exam seterusnya. Macam hri nie, ak bru on da way kwn ak kol cakap "kitaorg dah duk dlm bilik kt ruang menunggu dah". Tapi msa 2 ak relax jew ag kn. Ak igtkan diaorg masih duk lepak2 jew kt bilik 2.
Beberapa minit kemudian brulah ak menjejak kaki kt bilik diaorg duk 2. Duk kejap jew dr. sampai. Memang x sempat r nk bukak buku mase 2. Ak x buget pom nk bca buku mase 2 cume ak sgt2 lah rsa nervous sebab ak org kedua yg kene pggil. Seriusly, ak memang mengaku r ak nie seorg penakut, nk2 oral plak. Bile kt dpn dr. bende yg igt pom jdi x igt. Kalau lah sebelum nie ak bleh kata org yg hampir2 last r . Ak bagi org len yg terror 2 luuuu. Ak x sehebat diaorg. Tapi hari nie ikut angka giliran ler plak. Mak oi. tup2 ak org kedua yg kene pggil.
Dr. anat yg ak dpt nie memang pelik r dia. Ak x thu name dia ape sbb x pernah ajar ak pom sebelum nie. Huh... dia tya bkn men lame. Dekat ngan 10 minit ak kene soal. Actually, Dr. 2 baek jew cume dia tya byk soalan. Naek cuak r jgk. Adoiii... Ade yg bleh jwb ade x leh jwb. Mcm tensyen r jgk rase. Kalau lah bleh jwb sume soalan td memg bijak r ak. Bapak r byk. Dah ler kene 2 tulang siap. Macam thn lepas paling2 x pom kene satu jew. Tapi ak x kene soal sal tulang pom thn lps. Ambek ko thn nie dpt 2 siap, skull n femur.
Lepas ak balik 2 kawan yg satu group td kol. Dia cakap dia kene tya ngan dr. len walaupun kitaorg satu group. Dr. td 2 minta tolong ngan dr. len sbb dia x sempat nak habis kn. Yelah soal sorg2 bkn men lame sape suruh. Pas2 mntak tolong dr. len tolong hbskn student2 yg x sempat disoal ag. Apelah...
Moga2 dr. td 2 berbaek hati lah dlm bgi markah nie. Kwn2 sume tolong doakan utk ak jgk moga2 lulus ngan cemerlang utk sume subjek. Ok nie jer kot. Sekian terima kaseh.
Posted by G-rah Nadzirah at 10:57 AM 0 comments
Sunday, July 4, 2010
perbezaan maksud antara sahabat, kawan, rakan dan kenalan
Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. Saya menggunakan istilah seperti 'sahabat saya', 'kawan saya', 'rakan saya' dan 'kenalan saya' bagi menerangkan perbezaan maksud antara istilah-istilah tersebut.
Sahabat Saya
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.
Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.
Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.
Kawan Saya
Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan Saya
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya saya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas saya, saya boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan saya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan Saya
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila saya mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan saya adalah orang yang pernah berinteraksi dengan saya tetapi saya tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang saya pernah kenal di internet.
Kenalan saya boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada saya menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada saya menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
Posted by G-rah Nadzirah at 5:52 PM 0 comments