THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 17, 2010

Ciyesly RINDU...


Walaupun dah hampir 2 minggu ak kembali ke Egypt, rase rindu kat Tanah Haram x pernah hilang dan x pernah pudar. Setiap perbuatan yg ak n kekwn lakukan di tanah suci masih segar dlm ingatan. Seolah-olah bru blk semlm... ciyesly rindu...

Jika sebelum nie ak hya mendgr cerita org jew yg menceritakan pengalaman mereka. Tp setelah ak sendri yg menjejak kaki ke rumah Allah brulah ak dpt rasakn betapa bestnya, tuhan shj yg tahu... (best yg sgt2).

Semoga Allah sudi menjemputku lagi untuk menjdi tetamu-Nya. Ameen...


********************




MADINAH



.
MEKAH





Friday, August 6, 2010

Roh dan jasad umpama sim card dan handset

Roh dan jasad umpama sim card dan handset. Cuba kita bayangkan sebuah handset yang canggih misalnya Nokia N95 yang boleh bertindak sebagai navigator dan penunjuk arah tetapi tidak dapat berfungsi kerana tiada sim card di dalamnya, sudah tentu kita tidak mampu mendapat manfaat dari handset canggih itu. Begitu jugalah seorang manusia yang mempunyai paras rupa yang cantik atau menawan dengan tubuh yang tegap atau pinggang yang ramping tetapi terbujur kaku kerana roh telah dicabut, sudah pasti jasad itu akan segera ditanam kerana dibimbangi akan mengeluarkan bau busuk.

Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah, mutakhir ini ramai orang sibuk menjaga paras rupa fizikal lebih dari menjaga kesucian hati. Begitu jugalah hari ini, orang sibuk membeli handset yang canggih tetapi hampa apabila tidak dapat membuat panggilan call-out kerana kehabisan credit! Sebab itu, mereka yang bergaji besar seperti pensyarah atau doktor handsetnya kadangkala lebih koman berbanding handset seorang student universiti! Alasan yang mereka berikan "Buat apa handset mahal, yang penting asal boleh telefon orang dan orang telefon kita dan boleh tulis dan terima sms cukup"!


Sebab itu, perlu diingat, yang hanya akan menanggung siksaan atau nikmat di akhirat nanti adalah ruh semata-mata sedangkan jasad akan hancur dimakan ulat. Begitu jugalah handset yang canggih tiada kegunaannya jika tiada sim card di dalamnya. Renung-renungkanlah!