THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 15, 2010

birthday girl~~

Syukur Alhamdulillah kerana Allah pnjgkn umurku. Hari nie gelaplah umurku 21 tahun. Hoho rase mcm dah tua lah plak.

Terima kaseh bebyk kt mak ayah tersyg. Tanpa mak n ayah x wujud lah kat dunia nie. syg mak ayah... x lupe jgk kt adik2 comelku sume abang, angah, achik n adik yg wish birthday.

Kat cnie jgk ak nk ucapkan berbyk2 terima kaseh kpd semua yg telah wish birthday utk ak hari x kire lah via phone, skype or fb ape2 jelah. Ok tq soooo much.

Kepada osmate terchenta aja,fil, malin n jgk kwn baekku tuty terima kaseh sbb celebrate brthday party ptg td. Wlpn dlm kesibukkan final exam. Luv u all...

Saturday, June 12, 2010

Baru habis sebabak


Pada petang yg indah ini terpanggil ak untuk menulis seketika walaupun ak bru sahaja habis satu paper. Baru satu paper jew yg habis iaitu physiology dan masih lagi berbaki 3 histolgy, anatomy dan biochemistry.

Bila org tya camne exam??? actually, ak pom x thu nk komen ape ngan exam td. Paling x pom ak bleh cakap ok lah ckit kot daripada tahun lepas. Moga2 lulus dgn cemerlang lah harapanku. Petang nie mls smbung study ak nk start study balik mlm nie kot. Mula2 blk tadi ingat nk tdo kejap tp x t'tdo plak ak. Sebab nk tdo pom x t'tdo so, ak puat keputusan untuk menulis lah sekejap. Org len mesti sibuk study untuk histo kan. Bukannyer ak x nk study, ak rase nk rehatkn otak kejap. 2, 3 hari kebelangan nie rase mcm tension tahap cipan. Lagipom ak punyer prinsip study, bila ak study insyaAllah ak akan concentrate sepenuhnyer. Macam skarg nie mud study ak x de.

Kat cnie ak nk igtkn diri ak sendiri terutamanya dan juga kekwam t'chenta, kita study2 pom kene lah selalu igt kat tuhan, Allah S.W.T. Jgn lah duk sebuk study sampaikan melewatkan atau tinggal sembhyg. Kalau lah kita 24 jam study pom kalau bkn kerana izin Allah kita mungkin x akan dpt result yg cemerlang n gemilang. Kita hendak lah selalu berdoa, berusaha n jgk bertawakal kepada-Nya. Bukan hanya berusaha semata-mata. Allah adalah penuntu segala-galanya. So, kita hendaklah melazimi smbhyg hajat dan smbhyg hajat ini bkn lah dikala musim exam shj. Igt lah pada Allah setiap wktu senang n susah. Contohnya, jika kita mahu org len mengenali atau mengingati kita, kita akan mesti selalu b'hubungnya. Dgn Allah pom same lah utk lebih rapat-Nya kita kene lah selalu calling2-Nya iaitu memperbykkn solat2 sunat.

Untuk paper seterusnyer iaitu histology pada 17/6 nie. So, skarg nie ak ade 4 hari jelah gap. 4 hari nie adalah masa utk menghafal dan menelan segala maklumat berkaitan ngan histology. Wekssssss cuak!!! Jika sebelum nie ak hanya membaca dan memahami shj . Kalau hafal pom ckit2 jew. 2 pom x thu skarg nie masih igt atau x. Bermula mlm nie, InsyaAllah ak akan berusaha sedaya upaya dgn segala kudrat yg ade cube utk menelan segala isi buku teks histology 2nd year. Di sini bkn b'makne ak akan dpt menelan kesemuanya tp ak akan mencube lah setakat yg t'mampu. Dengan izin Allah moga2 byk lah yg akan ku telan nnti.

Ehmmmmm... x lupe juga kepada kekwn yg bakal exam esok luse 14/6 nie utk subjek anatomy thn 1 gud luck utk koram sume.

Saturday, June 5, 2010

Warkah untukmu...

Warkah Buat Bakal Suamiku...

Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..


Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku.. Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku

Akanku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

.Bakal Pembimbingku.. Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku.


Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna baginda. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah baginda sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..

My Love.. indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.


Bakal Suamiku.. Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Warkah ini hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..